04 August 2011

segagah-gagah lelaki??

LELAKI MENGANDUNG DAN BERSALIN?? Boleh kerrr?? Mustahil..Memang mustahil..!! Sebab itulah Allah hanya mengurniakan nikmat bersalin nie kepada kiter kaum Hawa sahaja....)

Cuba kiter bayangkan tubuh badan lelaki sekiranya diorang  mengandung.. Adoyaiii buruknya..Dengan gaya berjalan bawak perutnya lagi kan..Maka bersepah lah sang lelaki diluar sana berperut boroii..(yang mengandung + yang dah sememangnya boroii..) Mybe inilah antara hikmahnya kenapa lelaki tidak boleh mengandung huhu..

Camaner lak dengan mabuk mengandung???? Boleh ker LELAKI MENGANDUNG menghadapinya? Cuba kiter bayangkan LELAKI MENGANDUNG loya-loya dan muntah-muntah… Mak aii, dok leh nak bayangkan seorang lelaki yang berbadan sasa + tegap mengadu loya-loya dan muntah-muntah...

Maknanya kiter sebagai wanita yang 'lemah' nie 'gagah' untuk hadapi benda-benda nie... Tapi, segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu siang malam membawa kandungan yang berat ke mana-mana sahaja selama 9 bulan kan...

Camaner lak agaknya LELAKI MENGANDUNG bila tiber saat-saat nak bersalin?? Agaknya mesti kecoh satu hospital dibuatnya..Apa taknya kalau terdengar suara garau menangis dan menjerit nak bersalin kan..Baby dalam kandungan pun boleh terkejut n tak mboo keluar dibuatnya...huak huak huak....

Doktor yang akan sambut baby nanti pun mesti lah doktor lelaki yang gagah perkasa jugak kan...Jururawat yang membantu pun mesti lah lelaki jugak...

Cuber kiter bayangkan lagi LELAKI MENGANDUNG  nie berbadan sasa seperti ahli gusti...Mesti lah doktor dan jururawat pun seperti Hulk kan..Kalau tidak dengan doktor-doktor tercampak kat dinding sebelum sempat menyambut baby kan...kui kui kui..

Bayangkan lagi lelaki sesasa Arnold Susahnakeja  Schwarzenegger mengandung...Agak-agaknya siapa lah doktor yang sanggup  menyambut baby nya nanti...hahaha...

Segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu menanggung sebuah kelahiran. Namun selemah-lemah dan selembut-lembut wanita, begitu tabah menanggung 9 bulan kehamilan dan menggalas sebuah kelahiran.

Eh jap jap...cuba bayangkan lagi-bayangkan lagi camaner lah agaknya kalau LELAKI BERPANTANG?? Makan jamu...Pakai bengkung...Pakai pilis...Nyusukan baby...kui kui kui....)



Emmmm menu apa agaknya berbuka hari nie yer....))



3 Sergah Fazita:

Shima Md. Zahar said...

euwww tak sanggup nak bayangkan kalau lelaki yang mengandung.... kikiki

mysha said...

kaK, oRg tak daPAt bayangkan Klo leLaki pakai bengkung ngAN piLis ekekeke

KELI OH KELI said...

wanita ciptaan Allah yang hebat...

 

Copyright © 2013 Reserved to fazita ismail
Design by kina