24 November 2011

Maut Tersedak susu....

PUTRAJAYA: Luluh hati seorang ibu apabila bayi perempuannya berusia tiga bulan maut dipercayai akibat tersedak susu pada hari pertama dihantar ke rumah pengasuhnya di Presint 16, di sini.
Bayi malang itu, Sharifah Fasya Khaleela Syed Shamsul yang genap berusia tiga bulan semalam, dihantar ibunya, Siti Musalmah Mustafa, 29; kira-kira jam 7 pagi, Isnin lalu sebelum ke tempat kerja. 
Bagaimanapun, kira-kira satu jam selepas itu dia mendapat panggilan telefon daripada pengasuh yang memaklumkan anak keduanya itu tidak sedarkan diri.

Dia memaklumkan kepada suaminya, Syed Shamsul Kamal, 31, yang kebetulan berada di bawah blok rumah pengasuh untuk menghantar anak perempuan sulungnya berusia dua tahun.

Syed Shamsul berkata, sebaik mendapat berita mengenai Khaleela, dia terus ke rumah pengasuh dan mendapati anak perempuannya sudah lembik dan terkulai. h.metro



Lagi2 berita pasal baby maut tersedak susu kat rumah pengasuh....
dalam tahun nie berapa banyak dah kes-kes baby maut kat tangan pengasuh nie...
bila mikirkan pasal nie risau betul...yelah kan, anak kita pun duk kat tangan pengasuh jugak kan...
mana mana lah diorang jaga anak kita yer...
harap-harap xder apa-apa lah kan....

macam si adam, selalu jugak dia muntah atau terjeluak masa tengah tidur...
kekadang kalau dia terjeluak, bukan setakat ikut mulut tapi keluar ikut hidung sekali tau...
masa umur adam sekita 5 bulan kebawah kerap sangat dia terjeluak keluar ikut hidung....
time tu tidur malam pun tak berapa nak lena sangat risaukan dia terjeluak 
walaupun dah sendawa bagai....selalu sangat aku pesan kat pengasuh tu
selalu tengok-tengokkan adam waktu dia tidur...
tiap-tiap hari itu pesanan aku...risau tauuu....
aku tak kisah sangat bayar mahal sikit pun janji dia jaga si comeyy aku dengan elok...
hanya itu yang aku mahu...

Alhamdulillah.....sekarang adam pun dah masuk usia 7 bulan...
semoga adam membesar dengan sempurna dan selamat....insyallah....)


23 November 2011

Banjir bermula...

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat sejak awal pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Besut dan Setiu dinaiki air menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.
Sehingga jam 5 petang, lapan pusat pemindahan dibuka di tiga daerah itu bagi menempatkan 373 mangsa daripada 84 keluarga manakala dua jalan di Hulu Terengganu iaitu Jalan Kuala Berang ke Sungai Tong (Lubuk Tengkawang) dan Jalan Kampung Jak ditutup.

Mengikut laman web Majlis Tindakan Negara (MKN) Terengganu semalam, dua pusat pemindahan dibuka di Setiu iaitu Masjid Kampung Merbau Menyusut dan Balai raya Kampung Tasek menempatkan 115 mangsa manakala di Hulu Terengganu di Balai raya Masjid Sekayu, Kampung Cheting dan Kampung Pelandan menempatkan 83 mangsa.
Di Besut, seramai 175 mangsa ditempatkan di Dewan Serba guna Kampung Keruak, Dewan Masjid Kampung Keruak dan Masjid Kampung La.

Sementara itu, Setiausaha MKN Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad, menasihatkan orang awam sentiasa peka dengan amaran pihak berkuasa demi keselamatan mereka.

“Saya berharap orang awam mengikuti arahan jika diarahkan berpindah awal.
“Jangan tunggu air naik baru berpindah kerana menyukarkan proses pemindahan,” katanya, semalam.

Orang ramai yang menghadapi masalah banjir atau bencana boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana Negeri di talian 09-6316021. H.metro

Musim tengkujuh sudah bermula...kebanyakan kawasan rendah di negeri pantai timur sudah dinaiki air...termasuk lah kampung kelahiran aku...kampung telaga papan nung terletak dalam daerah setiu...setiap kali musim bok atau musim tengkujuh, yang pastinya kg aku akan dinaiki air...kawasan rumah aku penuh dengan air..teringat masa kecik-kecik dulu...seronokkkkk...suka sangat main air boh...hehe...

Kepada semua ibubapa, awasilah anak korang semua yer...^_^

22 November 2011

weekend kami


Weekend lepas teringin sangat nak makan nasi ayam...
tanya incik hubby nasi ayam kat mana yer yang sedap-sedap...
incik hubby cakap "kat kedai nasi ayam lah"..
erkk..loyar buruk tul lah laki aku nie...hehe

incik hubby cakap jom siap-siap, kita pegi cari kedai nasi ayam...
horeyyy seronoknyaaaa...tak payah masak ler jawabnya aku hari tue...dasar pemalas..hehe
dengan gigihnya aku siap2kan adam...buat bekal susu bagai dulu...

cari punyer cari, pusing punyer pusing incik hubby cakap kita makan nasi ayam kat wangsa maju jelah...
kat tempat kakak kerja dulu...kakak tu sebenarnya anak buah incik hubby,
anak along incik hubby...si kakak nie penah lerrr buat part time sekejap kat kedai nasi ayam nie...
aku pun ok jer lagi pun ktorg tak penah makan lagi kat sini...
terus incik hubby tepon si kakak ajak join sama... 



nie lah kedai nasi ayam tu...yang ada kepala ayam tu..Tat Nasi Ayam..
gambar2 yang lain sila abaikan yer..hehe kedai nie kat wangsa maju...



arr korang tengok si adam tu...terliur ler tu kat nasi ayam aku tu..hehe
yang sebelah aku tu lah si kakak a.k.a ayuni...
senyum pun macam nak tak nak jelah kakak nie hehe....



tadaaaaaaa....ni lah nasi ayamnyerrr...slurppp..hehe



rasa nasi ayam nie ok lah...boleh tahan lah...harganya pun murah jer...
kalau nak tahu nasi ayam merupakan salah satu pebrek aku... 




tengok kemain bersemangat lagi incik hubby makan...lagu jer dia ngapp hehhe..



ayam di potong besar-besar...nasi dah habis tapi ayam lerlebih ler pulak..
siap ratah-ratah lagi ayam tu...
korang nampak tak kicap tu...kicap tu aku mintak lebih...
kalu makan nasi ayam aku mesti mintak kicap lebih punyer...
hehehe hantu kicap ler katakan... 



perrkkkk....licinn siotttt....yang tinggal hanya tulang ayam jer...
nasib baik tak ngap sekali dengan tulang2 tu hehe....lain kali boleh ler datang lagi...
lagipun dekat jer dengan area umah ktorng...hehe

ar kalu korang teringin leh ler singgah-singgah kat kedai nasi ayam nie yer...hehe



17 November 2011

Demam Virus

Sebelum aidiladha lagi adam demam...sekejap demam sekejap baik...
bila malam suhu badan adam mendadak tinggi...
sudah 2 kali aku bawak jumpa doktor, ubat masuk ikut bontot pun dah 2 3 biji
 dah habis tapi demam adam tak jugak baik-baik....

Balik kerja hari rabu 9/11/11, aku ambik adam dekat baby sitter...
badan dan kepala adam panas yang teramat2...aku col incik hubby
suruh dia balik segera...runsing jugak kan...
bila suhu tinggi nie macam-macam boleh jadikan...
pukul 8.00 malam terus ktorg bawak adam ke bahagian
kecemasan hospital besar HKL...pada mulanya incik hubby
sageh bawak ke hospital ampang puteri
tapi memandangkan MRR2 dari gombak ke ampang jem teruk
 ktorg terus ke HKL...

Sampai dekat kecemasan HKL, nurse terus bukak baju dan
mandikan adam...lepas jumpa doktor and ambik darah,
adam diarahkan ditahan wad...aku bincang-bincang dengan incik hubby
samada nak tranfer adam kat hospital pakar ampang puteri atau stay ke kat HKL...
bincang punya bincang ktorg buat keputusan stay kat HKL jer...
mana-mana hospital pun sama sebenarnya kan cuma
 keselesaan jer yang membezakan...



pada mulanya doktor cakap adam suspek denggi...
aku pun konpius jugak sebenarnya...
setahu aku adam tak digigit nyamuk pun...memang lah kawasan tempat tinggal
aku tu kerap kena denggi tapi aku sure
yang adam memang tak digigit nyamuk...

pagi keesokannya doktor buat lagi ujian darah dan doktor
mengesahkan kemungkinan talasemia...aku rasa bagai nak gugur jantung
bila dengar kata-kata doktor...terus jadi tak keruan.....
risau oooo...dalam masa yang sama doktor menerangkan tentang
bahaya dan rawatan-rawatan penyakit nie...doktor sarankan aku dengan incik hubby
buat saringan ujian darah...haiss..



habis bukak baju seluar sebab badan panas...
sekejap-sekejap lap dengan tuala basah...
time nie adam senyap jer...macam lemah jer tubuh dia...
merengek pun jarang-jarang jer...makan langsung tak nak...
susu jer minum tu pun sket-sket jer...



tido berselimutkan tuala dan napkin yang lembap...
baju dengan seluar semua aku bukak...
bila selimut dengan tuala lembap elok jer adam tido..lena jer...
nampak macam selesa sket dia tido...


setiap masa macam nie je adam...hanya tinggal pampers jer...
bila pakaikan baju dia merengek-rengek...
tak selesa agaknya...



bab nie aku sedih betul...siyes cakap...habis kaki tangan kena cucuk ambik darah...
hari pertama dekat wad 3 kali ambik darah...badan adam kan debab,
susah sket lah nak nmpak urat kan...
sekali cucuk belum tentu jumpa urat lagi...2 3 kali cucuk baru dapat...
meraung giler anak aku nie...sedih tersangat-sangatttt.....



keesokkannya keluar bintik-bintik merah macam ruam gitu...
mulanya bintik-bintik tu keluar kat perut dulu...aku cakap kat doktor
 maybe demam campak tapi doktor cakap bukan demam campak kalu ruam
keluar ikut perut dulu...aku pun konpiussss...



bila petang sket dah mula nampak ruam tumbuh kat muka dan kaki...
aku cek tengok seluruh tubuh adam dah merah-merah...
bila doktor tengok dia ambik darah sekali lagi...time nie demam adam pun dah ok sket...
badan pun dah kurang panas...hasil ujian darah tu doktor cakap jangkitan kuman...
lega sket hati aku bila doktor cakap tak perlu ambik darah lagi...
esoknya bintik-bintik merah pun berkurangan sket..demam pun dah ok...
adam pun dah nampak ceria dah..dah takder monyok-monyok lagi dah...
tenghari tu doktor cakap adam dah bleh discaj...
lega sket hati aku...^_^....


15 November 2011

Aidiladha sedih kami

N3 lama...terlampau bz baru nk update..huhu
Aidiladha kali ini biasa-biasa ajer bagi keluarga kecilku
dan raya yang paling sedih dalam hidup aku...uwaaaa....
mana tak sedihnya, pertama kali dalam hidup, daku beraya tanpa
kaum kerabat..hukhuk...tambah-tambah si kecikku pulak dalam mood demam lagi...
so xder lah acara bakor lemang, kacau dodol kat luar
and xder lah pung pang ketung ketang masak rendang bagai kat kat dapur nung...
kebiasaannya aku lah orang yang paling sibuk di kalangan yang paling sibuk
buat-buat sibuk sebenarnya kalau nak raya...
tapi kali nie feeling aku kat terengganu daaa...tambah-tambah lagi
bila dengar takbir raya terus air mataku merobosss laju keluar huhu....
  
malam raya tu pulak ktorg pegi umah mertua...just makan-makan jer...
dalam hati sanubariku teringin nak tidur sana
memandangkan ipar duai pun turut tidur sana tapi incik hubby tak berapa berminat...
malas nak usung buai bagai kehulu kehilir katanya....
sebenarnya incik hubbyku lebih suka dan selesa tidur kat umah sendiri...
lagipun umah mertuaku bukannya jauh sangat pun...
pagi-pagi besok pun boleh redah jer...

balik dari umah mertua aku tepon mak...dengar je suara
mak aku terus uwaaa melalak bagai..
sempat lagi mak aku cakap "tu laaaa...
sapo suh duk jauh-jauh sangat"...
boleh pulak mak aku cakap macam tu kan sedihh!! huhu...
incik hubby lak bila tengok aku melalak bagai tu dia pun bersuara
 " sayang nak balik kg ker...jom lah kemas-kemas kt balik kg yer.."
sambil-sambil lap air mata aku jawab xperlah, dah lewat2 malam dah nie,
kita raya sini jelah tahun nie huhuhu....

pagi raya aku memang tak semangat langsungggg...
mood raya xder..!! aku pun tak masak apa-apa pun...
memangggg xder mood..!!kami semua tak pakai baju raya pun...
incik hubby pakai baju melayu biasa-biasa jer
itu pun sebab nak pegi sembahyang raya..
selepas sembahyang raya sempat lah incik hubby nolong
orang-orang masjid numbangkan lembu korban...aku pun turut tinjau-tinjau
jugak sambil bawak adam jalan-jalan...
dapat jugak lah sikit daging korban tapi memandang kami suami isteri
tak makan daging, aku pun sedekah lah kat jiran...

Tahun depan incik hubby janji akan balik beraya kat terengganu...
tak kira lah adilfitri ke. adiladha ker janji raya kat kampung...
yahooooo conoknya...hehehe.


09 November 2011

Sudah Daftar Churp-Churp


Memandangkan ramai yang sudah
daftar Churp-Churp, aku pun teringin jugak lah....
Apa salahnya mencubakan....
Setelah belek-belek dan godek-godek, aku pun daftar ler...bukan payah sangat pun hihi...

Sesiapa yang nak daftar boleh ler tengok-tengok and tekan-tekan sini yer...)




08 November 2011

lagi kes buang bayi


Assalamualaikum....

Lagi-lagi kes buang bayi...apa lah dosa si bayi tu...
tak ada perasaan ker..??
terlalu zalim...kalau betul-betul tak mahu anak tu,
bagi lah dekat orang atau letak ditempat elok-elok...
janganlah dibuang macam tu sekali...
ada ke patut disumbat bayi tu dalam beg plastik dan diikat lak tu...
terlalu kejam si ibu nie kan...


cerita lanjut kat sini 



04 November 2011

Salam Aidiladha

Assalamualaikum....

Tuan punyer blog ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua blogger2
dan kepada semua umat islam.. 

Aidiladha kali ni tuan punyer blog beraya
dekat kolumpo jer...sebelah keluarga mertua...

Kepada keluargaku dan ibuku yang tersayang nun yang jauh diterengganu, selamat hari raya korban diucapkan....huhu

Tak lupa jugak kepada semua family mertuaku,
selamat menyambut hari raya aidiladha diucapkan...

Dan kepada yang buat korban tu
selamat menjalani ibadah korban....


 

Copyright © 2013 Reserved to fazita ismail
Design by kina