15 November 2011

Aidiladha sedih kami

N3 lama...terlampau bz baru nk update..huhu
Aidiladha kali ini biasa-biasa ajer bagi keluarga kecilku
dan raya yang paling sedih dalam hidup aku...uwaaaa....
mana tak sedihnya, pertama kali dalam hidup, daku beraya tanpa
kaum kerabat..hukhuk...tambah-tambah si kecikku pulak dalam mood demam lagi...
so xder lah acara bakor lemang, kacau dodol kat luar
and xder lah pung pang ketung ketang masak rendang bagai kat kat dapur nung...
kebiasaannya aku lah orang yang paling sibuk di kalangan yang paling sibuk
buat-buat sibuk sebenarnya kalau nak raya...
tapi kali nie feeling aku kat terengganu daaa...tambah-tambah lagi
bila dengar takbir raya terus air mataku merobosss laju keluar huhu....
  
malam raya tu pulak ktorg pegi umah mertua...just makan-makan jer...
dalam hati sanubariku teringin nak tidur sana
memandangkan ipar duai pun turut tidur sana tapi incik hubby tak berapa berminat...
malas nak usung buai bagai kehulu kehilir katanya....
sebenarnya incik hubbyku lebih suka dan selesa tidur kat umah sendiri...
lagipun umah mertuaku bukannya jauh sangat pun...
pagi-pagi besok pun boleh redah jer...

balik dari umah mertua aku tepon mak...dengar je suara
mak aku terus uwaaa melalak bagai..
sempat lagi mak aku cakap "tu laaaa...
sapo suh duk jauh-jauh sangat"...
boleh pulak mak aku cakap macam tu kan sedihh!! huhu...
incik hubby lak bila tengok aku melalak bagai tu dia pun bersuara
 " sayang nak balik kg ker...jom lah kemas-kemas kt balik kg yer.."
sambil-sambil lap air mata aku jawab xperlah, dah lewat2 malam dah nie,
kita raya sini jelah tahun nie huhuhu....

pagi raya aku memang tak semangat langsungggg...
mood raya xder..!! aku pun tak masak apa-apa pun...
memangggg xder mood..!!kami semua tak pakai baju raya pun...
incik hubby pakai baju melayu biasa-biasa jer
itu pun sebab nak pegi sembahyang raya..
selepas sembahyang raya sempat lah incik hubby nolong
orang-orang masjid numbangkan lembu korban...aku pun turut tinjau-tinjau
jugak sambil bawak adam jalan-jalan...
dapat jugak lah sikit daging korban tapi memandang kami suami isteri
tak makan daging, aku pun sedekah lah kat jiran...

Tahun depan incik hubby janji akan balik beraya kat terengganu...
tak kira lah adilfitri ke. adiladha ker janji raya kat kampung...
yahooooo conoknya...hehehe.


0 Sergah Fazita:

 

Copyright © 2013 Reserved to fazita ismail
Design by kina