24 November 2011

Maut Tersedak susu....

PUTRAJAYA: Luluh hati seorang ibu apabila bayi perempuannya berusia tiga bulan maut dipercayai akibat tersedak susu pada hari pertama dihantar ke rumah pengasuhnya di Presint 16, di sini.
Bayi malang itu, Sharifah Fasya Khaleela Syed Shamsul yang genap berusia tiga bulan semalam, dihantar ibunya, Siti Musalmah Mustafa, 29; kira-kira jam 7 pagi, Isnin lalu sebelum ke tempat kerja. 
Bagaimanapun, kira-kira satu jam selepas itu dia mendapat panggilan telefon daripada pengasuh yang memaklumkan anak keduanya itu tidak sedarkan diri.

Dia memaklumkan kepada suaminya, Syed Shamsul Kamal, 31, yang kebetulan berada di bawah blok rumah pengasuh untuk menghantar anak perempuan sulungnya berusia dua tahun.

Syed Shamsul berkata, sebaik mendapat berita mengenai Khaleela, dia terus ke rumah pengasuh dan mendapati anak perempuannya sudah lembik dan terkulai. h.metro



Lagi2 berita pasal baby maut tersedak susu kat rumah pengasuh....
dalam tahun nie berapa banyak dah kes-kes baby maut kat tangan pengasuh nie...
bila mikirkan pasal nie risau betul...yelah kan, anak kita pun duk kat tangan pengasuh jugak kan...
mana mana lah diorang jaga anak kita yer...
harap-harap xder apa-apa lah kan....

macam si adam, selalu jugak dia muntah atau terjeluak masa tengah tidur...
kekadang kalau dia terjeluak, bukan setakat ikut mulut tapi keluar ikut hidung sekali tau...
masa umur adam sekita 5 bulan kebawah kerap sangat dia terjeluak keluar ikut hidung....
time tu tidur malam pun tak berapa nak lena sangat risaukan dia terjeluak 
walaupun dah sendawa bagai....selalu sangat aku pesan kat pengasuh tu
selalu tengok-tengokkan adam waktu dia tidur...
tiap-tiap hari itu pesanan aku...risau tauuu....
aku tak kisah sangat bayar mahal sikit pun janji dia jaga si comeyy aku dengan elok...
hanya itu yang aku mahu...

Alhamdulillah.....sekarang adam pun dah masuk usia 7 bulan...
semoga adam membesar dengan sempurna dan selamat....insyallah....)


3 Sergah Fazita:

sHeeMa DeaN said...

huhuhu.. baca gak tadi kat surat khabar... seriusss seriauuuu.. sangat-sangat risau skrg nie nak hantar bb dekat pengasuh

fazitaismail said...

Sheema..

tu lah psal kak...
tiap2 hari pesan mcm tu jer kat pengasuh tu..
risau sesgat2 kan..
moga2 ank kt semua selamat kan..

Anonymous said...

hello fazitaismail.blogspot.com owner discovered your website via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your website http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best backlink service Take care. Jason

 

Copyright © 2013 Reserved to fazita ismail
Design by kina