21 December 2011

...8 bulan...


meh aq nak citer sikit pasal budal tecikkk kesayangan plus kebanggaan aq hikhik....
hari nie si adam rayyan aq dah cukup 8 bulan beberapa hari...hehe
tapi si adam nie still tak menjulur kedepan n kebelakang lg...
baru bleh pusing pusing bulatan jekkk....merangkak lagi lah kan...
haisssh berat sangat ke si adam nie...anak orang lain yang sebaya 
dengan dia pun dah boleh  menjulur kesana sini siap boleh duduk dahh...hukhuk
kalau aq dudukkan dia mesti senget kekiri senget kekanan...hukhuk
tp takper aq yakin adam rayyan boleh jugak nanti cumanya lambat sikitla...


nah tengok si adam bam bam main pusing2...hikhik


video


...........................................................................................................................................


sejak 2 minggu lepas aq beli walker kat sini yer tuan2 n puan2 n letakkan dia dalam walker...
pada mulanya aq tak yakin lagi dia dah boleh duduk dalam walker tapi sebaliknya...
letak jek dalam walker tu laju si adam nie bergerak...
habis satu rumah duk pusing pusing...dari depan sampai dapur lajuuu jekk...hehe



sekarang ni kalau dapat benda kat tangan dengan sepantas kilatnya terus masuk mulut...
itulah caranya baby merasa dan belajar mengenal sesuatu kan....
suara si adam nie nyaring n kuat sesangat...celik jekk mata pagi pagi terus 
borak borak dalam bahasa yang ntah apa apa hikhik lucu pun ada tau...
lepas tu suka sangat main air liur...menyembur laju jekkk...

sekarang nie perkembangan terbaru si adam dah boleh tidur kat bawah tanpa henjut2 guna
buaian dahhh...lepas bagi susu tepuk vontot dia slow sambil berzikir terus lena...alhamdulillah....
dalam banyak banyak perkembangan si adam, yang nie paling aq rasa lega sikit sebab
dah tak susah payah nak henjut bagai kat buaian nung...
kalau dulu dulu mak aiiii memang azab lah nak dodoikan dia...kena henjut 25jam..!!
nasib baik ler pok aji dia (merangkap abg kandung aq) baik hati sponsor buaian yang guna
elektrik tu...senang skit kerja aq...hihi

rasa banyakkkk sesangat nk citer pasal anak kesayanganku nie....
tp nanti kan berjela jela lak kan n3 nie...
stop sini dulu yer...nati next n3 aq citer lagi pasal adam bambam nie...

tata ^_^



16 December 2011

...hobi terbaru...



hobi terbaru si budak tecik nie..!!
menyemburrr nkooo...
hmmm senyum tak kata apa apa hikssss....^_^

tata uolss...



15 December 2011

Kanak kanak 3 tahun diserang siamang


SAKIT...Muhammad Afieq menahan sakit sambil ditemani Anita di hospital, semalam.

MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.

“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.

Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.
Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.
Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.
“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika. Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya. Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.

“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran. Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.

Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.
“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.
“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.
“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya.

Sumber h.metro



14 December 2011

nasi minyak terenggganu


weekend lepas terrrrajin lah pulakkkk.....
permintaan incik hubby nak makan nasi minyak terengganu daaaa...
biasa hujung minggu gantung kuali tinggi tinggi tapi kali nie
kuali turun takhta lerrr...macam musim perayaan lah pulak masak 
nasi minyak ni yerkk...hikhik...

kalau kat terengganu buleh makan nasi minyak hari hari...
tak susah payah nak nunggu musim raya daaa...terasa nak makan nasi minyak 
redah jer kat kedai...pagi pagi pun nasi minyak...
malam pun nasi minyak...beh ooooo....hehe
kek kolumpo nie susah betul nak cari...kalu teringin jek buat sendiri...huhu
jom tengok resepi nasi minyak terengganu a.k.a 
nasi hujan panas ala fazitaismail hikhik...

....................................................................................................................................................................



nasi minyak a.k.a nasi hujan panas versi terengganu

bahan-bahan untuk nasi

-beras (beras basmati lg elok)
-3cm halia di ketuk
-2 biji bawang merah besar di potong mayang
-rempah 4 beradik
-sedikit minyak masak 
-marjerin
-kiub ayam
-daun pandan 
-susu cair
-sirap

cara-cara memasak

-panaskan kuali, masukan minyak dan marjerin
-masukkan rempah kasar 4 beradik, bawang yang di mayang tadi dan halia. tumis sampai bahan bahan tadi naik bau dan sedikit garing. kemudian masukkan daun pandan.
-basuh beras dan masukkan kedalam rice cooker bersama air (sukatan air macam masak nasi biasa). 
-masukkan semua bahan bahan yang di tumis tadi bersama sama sedikit susu cair dan kiub ayam (kalau tukar kiub ayam dengan garam pun boleh).
-selepas nasi masak dan hampir kering masukkan sedikit sirap kemudian biarkan nasi masak dalam rice cooker.


..................................................................................................................................................



kari ayam ala terengganu

bahan-bahan

-ayam
-rempah kasar 4 beradik
-santan
-bawang merah, bawang putih n sedikit halia (blend)
-cili kering (blend)
-serbuk kari ayam (biasa aku guna kari ayam cap bunga, beli stok banyak banyak kat terengganu)
-asam keping
-garam, gula dan serbuk perasa
-kerisik (nyor gula)
-minyak masak

cara cara memasak

-panaskan minyak dalam kulai, masukkan rempah kasar 4 beradik. masak sehingga naik bau.
-masukkan lada kering yang di blend tadi (biasa aku guna yang dah siap cap taming sari), masak sehingga garing.
-masukkan bawang dan serbuk kari kemudian masak sehingga naik bau dan pecah minyak. 
-kemudian masukkan santan bersama sama ayam, asam keping, gula dan garam.
-bila hampir masak masukkan sedikit kerisik (nyor gula).
-biarkan sehingga masak di atas dapur. 

....................................................................................................................................................................



acar mentah (my pebret) hehehe...

bahan-bahan

-timun (org pantai timur panggil timun batang hehe)
-carrot
-kobis
-lada besar
-bawang merah besar
-belacan (tak nak letak pun xper, terpulang lerrrr)
-sedikit cuka
-garam dan gula

cara cara membuat

-potong timun dan carrot (kecik2 memanjang) dan kobis (dihiris halus2 memanjang)
-potong lada besar
-mayang bawang merah besar
-masukkan garam, gula, belacan, cuka dan bawang kedalam pinggang. kacau sehingga semua bahan bahan tadi sebati, kemudian masukkan timun, carrot ,kobis dan lada besar yang dipotong tadi dan gaul biar sebati. 

....................................................................................................................................................................



sambal belacan ala fazitaismail hikhik

bahan-bahan

-lada burung
-lada besar (untuk elakkan sambal terlalu pedas)
-belacan (wajib sebab aq kan hantu belacan hehehe)
-garam dan gula
-asam limau

cara cara membuat

-blend semua bahan bahan diatas kemudian picit asam limau. dah siap hehehe...


note kaki : aq rasa blog aku nie macam blog masakkan lah plakkk...hikhikhik ^_^



12 December 2011

merajuk






kisah weekend lepas....pagi pagi lagi sekitar jam 6.00, si adam bambam
dah celik mata....lepas tu duk main main dengan remote aircond...habis lenjun 
remote aircond tue dengan air liur dia...
pagi pagi memangggg macam tue...
kekadang dia nak aku n incik hubby layan dia main main,
layan dia borak borak...adoiiiiiiiiii penatnyaaaaaaa......

weekend nie lah peluang aku nak menepek atas tilam
lama lama sikit kan....kalau aku n incik hubby tak layan borak borak,
mula lah dia berdendang lagu keroncong dia yang 
menyakitkan telinga tue....huhuhu

kebiasaan budak budak tecik memang bangun awal kan...
tapi kebanyakkannya sekitar jam 9 pagi tidur semula kannnn...
tapi si adam nie lain sikit....sejak umur 7 bulan nie punyer lah
liat dia nak tidur....azab oiii nak dodoikan dia....

bayangkan lah, bangun jam 6 pagi....lepas tu duk main main bagai...
jam 3 petang baru tidurrrrr....
sejak dari pukul 11 pagi lagi aku dodoikan dia...lepas masuk buai keluar buai
stillllll tak tidur tidur lagi....letak jer dia dalam buai terus melalak bagai....

bila kena marah tahu pulak merajukkk...
kelakar plak tengok budak tecik nie marajuk....
jom layannnnnnnn video si adam kena marah hikhik....



...................................................................................................................................................................



video

hahahahaha garang jugak aku ek..!! 
huhuhu nasib ko ler adam rayyan....hehehe...


si adam nie bukan siang jer susah nak tidur, malam pun sama....
tidur sekejap dalam 1/2 jam dah terbangun...
time aku dah nak masuk tidur dia bleh plak terbangun...
puas dodoi bagai pun dia still tersengeh sengeh macam kerang busuk...
lepas tu sibokkk nak borak borak...

jom layan video yang seterusnya....
yang nie lak sebelah malam punyer....
pukul 2 pagi dah time nie...besoknya nak stat kerja dah....
huhuhu adam bam bam punya pasal daaaaa...pukul 3 baru tidur hukhuk...


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



video

senyummmmm....tak perlu kata apa apa...
hmmmmmmm....
nasib badan ler..........hikhik



kisah anak derhaka

Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan. Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wani...ta tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka.

Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu.

Orang ramai yang menyaksikan drama 'anak derhaka' berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu Hanya kerana ibunya takut, terus habis dimakinya. Sepatutnya jika ibu itu takut, tugas anaklah yang sepatutnya menemaninya dalam kereta. Pasti hati si ibu akan tenang kembali. Ingat, kita cuma ada seorang sahaja ibu di dunia ini.

Jangan sampai apabila ibu sudah tiada, barulah kita hendak menangis. Si anak dan menantu ini cukup berlagak (dah hidung tinggi mendongak langit)... walhal belum pakai BMW atau Mercedes MayBach. Dia lupa ke yang kalau tiada ibu dia, matahari pun dia tidak akan lihat? Bininya itu sepatutnya meredaka keadaan... ini tidak, sepertinya 2 x 5 ! Sayu betul tengok si ibu ditinggalkan sebegitu rupa. Rasa sebak pun ada bila melihat badan dan tangan ibu tua itu menggigil ketakutan kerana di marahi oleh anak sendiri di hadapan khalayak ramai (cuba lihat betul-betul semasa si ibu tua ini menggigil pada minit 1:22).




credit to youtube

jangan lah kita semua jadi seperti si anak ini...
sayangi dah hargailah ibubapa kita...
tanpa mereka berdua tiada lah kita di dunia yang
serba indah ini...

....................................................................................................................................................


  

wif my beloved mum...^_^


10 December 2011

Gerhana Bulan kali ke-2 pada tahun 2011




Hari nie 10 Disember 2011, kita akan dapat menyaksikan
fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi.
Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan 
fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja
matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam.
Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam
sehingga ke matahari terbit keesokan paginya.
Gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula 
menghampiri kawasan bayang bayang bumi yang lebih gelap yang 
dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah
kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) 
pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang bayang umbra pada 
jam 12.18 tengah malam. Jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang bayang bumi
sepenuhnya ialah selama 52 minit 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia).
Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak.
Cuma yang berbeza ialah ketinggian bulan di langit.
Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi 
kedudukan bulan pasa satu satu fasa gerhana itu.

Diharap agar semua rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang 
berharga ini...Jom ramai ramai kita saksikan Gerhana Bulan Penuh ini sementara
kita masih diberi kesempatan oleh-NYA...

credit to h.metro









Hiburan hujung minggu



sekadar untuk menghiburkan hati di hari minggu...
layannnnnnnn....hikhik...



hikhik...macam macam ada.....
tata ^_^



09 December 2011

Ferrari si Adam bam bam

n3 lepas aku bercerita pasal survey walker untuk si adam...
hajat dihati nak ler cari ferrari sebijik kat si jantung hati nie...
tak nak yang mahal-mahal sangat...sekadar 2, 3 juta tu ok lah kan hikhik...
meroyan kejap uolsss...jangan maraaaa.....

now, si tecikku dah masuk umur 7 bulan lebih...aku plan nak letak dia dalam walker...
senang skit kerja aku...sambil2 aku nyibuk ketung ketang kat dapur
bleh ler adam follow vontot aku ke hulu ke hilir kat dapur tu...
takder lah dia meroyan sorang sorang kat luar nung bila aku 
pung pang pung pang kat dapur...kannnnnn...

mulanya pegi tengok kat giant melawati...banyakkkkk...harga pun bleh tahan..
tapi rasa tak berkenan plakkk...then incik hubby sageh pegi jj wangsa maju lak...
kat jj lagi banyak pilihan uolss....
rambang mata lak memilih...semua cantik cantik tapi harga mahal skit ler
kalau nak bandingkan dengan giant tu kan...
banyak yang berkenan dihati tapi opkoslah kena pilih satu jer...
pilih yang betul betul berkenan dihati kannn...hikhik


aku berkenan dengan yang nie...


incik amrie lak berkenan dengan yang nie....



so, adam lah kena buat keputusan nak yang mana satu..hehehe
kalau lah si adam nie dah boleh memilih, lg senang criter kan...hehe


so lepas bincang punyer bincang ktorg pilih yang nie...
warna pun macam sesuai jer dengan si kulit si adam kannn...


2 in 1....



ar nie lah ferrari di adam bambam...
nati bleh ler si adam race ferrari nie dalam umah yer...
kemain sonok jer nampak adam duk dalam walker nie...

06 December 2011

Belated Besday

hujung oktober hari tu...31/10 besday incik hubby tersayang hehehe...
makkk aihh lama betuii n3 nie terperakk sebagai draf...
dek duk menunggu pic punyer pasalll....
terpaksa lah hold dulu n3 nie...

Alkisahnya awal bulan oktober lagi aku dok pening-pening lalat duk pikir
hadiah apa lah nak kasi kat pak incik amri nih...
Bila aku tanya, incik hubby cakap tak payah bagi apa-apa lah...
membazir jer..cukup lah kasih sayang yang dia dapat dari seorang isteri
yang boleh menerima dia seadanya...hiksss gedikkkk
 syok jugak dengar tu kan...tapi aku rasa macam tak best lah kalu tak bagi apa-apa...
dah lah tahun lepas aku tak bagi apa-apa malahan tak celebrate pun...
besday incik hubby tahun lepas aku dalam wad hospital terengganu
operate apendiks...tika tu aku preggy 4 bulan...
tak sempat lah nak celebrate besday hubby kesayanganku huhu cedih!!!

So,tahun nie aku nekad nak bagi dia sesuatu, walaupun biasa-biasa jer
sekurang-kurangnya tanda aku ingat ler jugakkk ulang tahun
kelahiran hero aku nie yer...hikhik
Selepas penat lelah memikir eh penat sangat ker aku pun buat decision untuk tempah hadiah nie...



Coklat nie aku tempah dengan wani...hari tu aku ternampak dekat
wall fb n blog pasal tempahan coklat nie...aku belek punya belek n rasa
berkenan n sesuai ler jugak tuk hadiah besday kan...
hadiah nie aku suruh si wani hantar terus kat opih incik hubby....
surprise ler kenkononnya...
sampai jer dekat tangan incik hubby terus dia ngap dengan kengkawan...
tak snap pic pun...aku sendiri pun langsung tak tengok rupa bentuk hadiah nie kan...
aku tanya kenapa tak snap pic dulu....lupa + excited daaaaa.....hukhukhuk...
sempat lagi incik hubby bawak balik untuk aku 2, 3 ketuiii coklat nie...



ini lah rupa coklat tu sebenarnya...ada tulisan
selamat hari lahir sayang...i love u....sweetttt...
thanks a lot wani yer...incik hubby ita sukerrr sesangat2...hikhik
so kalu korang semua nak tempah coklat nie boleh ler roger2 kat sini...



03 December 2011

belog bertukar wajah

 Salam uolssss.....


fuyoooo cantiknya blog....pepel kalerrr gtuu (perasannnnnn skett hekhekh)....
ok tak wajah terbaru tanah kecintaan aku nie...
baru lerrr rasa gigih n semangat sket nak jengah belog...hikhik...


sebelum nie buruk giler roper belog aku kan...
tak berseleraa + geli-geleman korang nak menjengah kan kannn....
hukhuk cedihhhhh...

dengan semangat yang berketol-ketol + gigih aku mekap si kesayangan aku nihh...
belek punya belek...mekap punye mekap dan ini lah hasilnya....
comeyyy kannn hiksss...(gedik!!)

wokeyyyy selamat menjamu mata lah kowang-kowang yer hikhik...^_^

 
 

Copyright © 2013 Reserved to fazita ismail
Design by kina