12 December 2011

kisah anak derhaka

Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan. Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wani...ta tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka.

Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu.

Orang ramai yang menyaksikan drama 'anak derhaka' berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu Hanya kerana ibunya takut, terus habis dimakinya. Sepatutnya jika ibu itu takut, tugas anaklah yang sepatutnya menemaninya dalam kereta. Pasti hati si ibu akan tenang kembali. Ingat, kita cuma ada seorang sahaja ibu di dunia ini.

Jangan sampai apabila ibu sudah tiada, barulah kita hendak menangis. Si anak dan menantu ini cukup berlagak (dah hidung tinggi mendongak langit)... walhal belum pakai BMW atau Mercedes MayBach. Dia lupa ke yang kalau tiada ibu dia, matahari pun dia tidak akan lihat? Bininya itu sepatutnya meredaka keadaan... ini tidak, sepertinya 2 x 5 ! Sayu betul tengok si ibu ditinggalkan sebegitu rupa. Rasa sebak pun ada bila melihat badan dan tangan ibu tua itu menggigil ketakutan kerana di marahi oleh anak sendiri di hadapan khalayak ramai (cuba lihat betul-betul semasa si ibu tua ini menggigil pada minit 1:22).




credit to youtube

jangan lah kita semua jadi seperti si anak ini...
sayangi dah hargailah ibubapa kita...
tanpa mereka berdua tiada lah kita di dunia yang
serba indah ini...

....................................................................................................................................................


  

wif my beloved mum...^_^


0 Sergah Fazita:

 

Copyright © 2013 Reserved to fazita ismail
Design by kina