10 December 2011

Gerhana Bulan kali ke-2 pada tahun 2011




Hari nie 10 Disember 2011, kita akan dapat menyaksikan
fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi.
Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan 
fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja
matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam.
Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam
sehingga ke matahari terbit keesokan paginya.
Gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula 
menghampiri kawasan bayang bayang bumi yang lebih gelap yang 
dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah
kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) 
pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang bayang umbra pada 
jam 12.18 tengah malam. Jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang bayang bumi
sepenuhnya ialah selama 52 minit 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia).
Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak.
Cuma yang berbeza ialah ketinggian bulan di langit.
Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi 
kedudukan bulan pasa satu satu fasa gerhana itu.

Diharap agar semua rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang 
berharga ini...Jom ramai ramai kita saksikan Gerhana Bulan Penuh ini sementara
kita masih diberi kesempatan oleh-NYA...

credit to h.metro









0 Sergah Fazita:

 

Copyright © 2013 Reserved to fazita ismail
Design by kina