20 July 2012

...salam ramadhan 1433 hijrah...






Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad) 




4 Sergah Fazita:

Ena's Palace said...

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa...jgn lupa terawih mlm nnt yer..

Rohani Hashim said...

Fazita, Selamat berpuasa...

lieyalatif said...

tak terlambat lagi kan nak wish selamat berpuase walaupun dah masuk ari ke 3 heheehh...

selamat berpuase beb...jgn puase yang yok tau!!

IntaNBerliaN said...

selamat berpuasa jugak :-)

 

Copyright © 2013 Reserved to fazita ismail
Design by kina