29 August 2012

...alhamdulillah~preggy kali ke-2...




syukur sangat2 coz allah swt makbulkan doa kami suami isteri..
kami memang rancang nak tambah anak tahun nie..
n baby baru nie insyallah akan lahir pada bulan 4 tahun depan..
ya allah permudahkanlah  segala urusan kami...amin

alkisahnya aq perasan perubahan tubuh badan aq masa first puasa hari tu..
dua tiga hari puasa dah stat loya2..pagi2 rasa macam nak pitam jekk!!
period pun dah lewat 2 minggu..bila dah test dengan home pregnancy test tu naik 
line 2 warna merah..confirm aq preggy lagi..alhamdulillah..




masuk jekk minggu ke-2 berpuasa aq dah stat muntah2..
lepas gosok gigi terus termuntah air masam..
lepas tu tiap2 pagi asyik muntah2 jekk!! dalam 8 hari jugak lah aq 
ponteng puasa...masuk jekk hujung ramadan tu aq dah tak boleh masak..
bau masakan pun dah termuntah2..hadoiii azab jekk rasa..

raya pun dalam mud 'jiwa kacau'..tapi aq cuba gagahkan diri..
cuba 'lawan' semua tu..masa raya semua sibuk kat dapur tapi aq sibuk duk 
layan 'jiwa kacau'...nasib baik ler kat kampung sendiri..alhamdulillah ahli keluarga pun 
semuanya memahami..hehehehe



27 August 2012

...setelah seminggu tidak berupdate!!...




salam senin yang aman damai...
fazitaismail kembali bersiaran setelah seminggu beraya sakan..muhahahaha
camaner semua...masih dalam mud raya ke...
rasa lemauuu jekk lagi nak masuk opih hari nie...
rasa nak cuti lagik jekk..cuti sebulan pun ok gak kann...
hujung bulan ambik gaji hahahaha...

amacam kisah raya korang semua..cer citer cer citer..
kisah beraya fazitaismail sekeluarga akan berupdate nanti yer..
tangah duk pilih2 n edit2 gambar lagi nie..
pic yang dalam fon pun belum trasfer masuk dlm hard disk lagi..
hadoiii pening lak tengok gambar banyak sangat...


ehh lupa nak bagitahu..tahun nie kami raya kat terengganu..hikhikhik
last minute tukar plan..plan asal raya johor kann...
hari khamis tu masa kat opis incik hubby tel n ajak balik beraya terengganu lak..
dah ler aq tak mintak cuti pun..incik hubby cakap malam nie 
kita tolak balik terengganu..bermakna jumaat 17/8/2012 tu dah stat ct lah..
hadoiiiii menari2 aq depan bos mintak cuti..nasib baik dapat bos yang 
sporting n baik hati..siap dapat duit raya rm500 lagi tu...muahahahaha....

balik kerja tu kelam kabut aq kemas baju..tengah2 kemas baju tu 
rasa macam tak sedap hati jekk nak balik terengganu malam tu jugak..
bincang semula dengan incik hubby then ktorg buat keputusan balik terengganu pagi jumaat tu..
kat family belah terengganu pun aq tak bagitahu yang ktorg balik beraya kat sana..
takut kena bebel kat mak sebenarnya sebab perancangan ntah apa2..
sekejap nak raya johor, sekejap nak raya terengganu..hadoiiii pening kann..
petang jumaat tu sampai jekk kat kampung semua terkejut..yelah awal2 cakap tak 
balik terengganu kan..tetiba jekk tercongok depan rumah..muahahahaha...


ok ok nati sambung lagi yer...
untuk hari nie terima lah sekeping pic dak kesayangan kami nie..



ok tata ^_^







16 August 2012

...salam aidilfitri 2012...




dikesempatan bulan yang mulia ini, fazitaismail sekeluarga ingin 
memohon berjuta-juta kemaafan dari semua rakan2 blogger dan warga pesbuk 
sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa bagai..
selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada
semua follower dan readers fazitaismail...

tak lupa jugak kepada seluruh ahli keluarga, keluarga mertua, kaum kerabat n sanak saudara..
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin jugak diucapkan...


kepada semua yang balik kampung tu berhati2 lah dijalan raya..
ingat orang yang tersayang..
semoga lebaran tahun ini lebih bermakna buat korang semua..kayyy...




jom kita layannnnnn lagu raya peberet fazitaismail nie..hikhik



selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...

15 August 2012

...w.w~my hero!!!



salam wordless wednesday...


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

***




two hero in my life..
mama love both of u soooooooooo much!!





14 August 2012

...iftar bersama MB Terengganu...



kisah sabtu lepas..iftar bersama2 MB Terengganu n 
PESAT (persatuan anak2 terengganu di perantauan) kat pwtc..




incik hubby wif anak terunanya...hikhik


korang tgok ler punya teruknya aq kan..
ada ke patut pegi majlis iftar macam tu pakai selekeh jekk..
rosak majlis orang kann..muahahahaha...



family abangku yang kat puchong..abang aq nie ahli PESAT yang tegar...
apa2 hal dia ler yang akan inform..aq just follow je ler..hikhik



punya lah ramai umat..malu aq nak masuk kat dewan tun razak pada mulanya..alkisahnya..tghari sabtu tu ktorg pegi giant kejap cari barang2 dapur..masa nak keluar tu kunci tertinggal kat dalam..bila nak kunci gril baru perasan kunci tertinggal kat dalam..pintu kayu memang aq dah tekan butang dia siap2 masa nak tarik pintu tu..eh korang bleh paham ke mksud aq nie...lastnya pintu gril aq tak kunci n tak solex pun..just tutup macam tu je..nasib baik kunci pendua ada dengan kak ipar..balik dari giant singgah rumah kak ipar nak ambik kunci..kak ipar plak xder kat rumah keluar berbuka kat luar..kesudahannya ktorg ke pwtc dengan berpakaian mcm tu je..muhahahahaha...



antara menu iftar kami petang tu..



ada udang celup tepung..kari ayam..ikan tenggiri masak pedas..
daging masak kicap..sayur campur n sambal belacan..



air sirap biji selasih..puding gula hangus..samosa n kuih tok aji serban..
kalau kat kl tak tahu lah nama ap kuih tu..
tp kalau kat tganung org panggil tok aji serban..hahahahaha




opppss tuan rumah..serabai betul kan..masa ktorg sampai kat depan pwtc tu aq tgok semua berduyun yang datang pakai pakaian sopan..yang lelaki siap bersamping bagai lagi..perempuan lak berbaju kurung n kebaya..tiga kali ktorg tawaf pwtc tu sambil2 berfikir nak masuk ke tidak..punya lah malu n segannya..akhirnya abang aq datang jemput ala2 paksa gtu..hahahhahahaha..masuk jekk dalam dewan tu tengok ada jugak lerrr yang berpakaian macam kami nie...terus hilang rasa segan muahhahahahaha..



antara gift yang ktorg dapat..kat dalam beg tu ada sekotak kurma n sebotol air zamzam..
ehhh yang beg putih tu beg susu adam rayyan k..
jangan korang duk keliru lak hahahahha...



dewan MB berucap..masa ktorng sampai tu MB dah nak habis dah berucap..
jam lak area pukul 7.00pm lebih dah..tak sempat nk dengar MB becucap pnjang hihihi






13 August 2012

...alhamdulillah settle sudah...




salam senin uollsss...
alhamdulillah..persiapan raya keluarga fazitaismail settle sudah..
hanya nunggu daynya ajekk!! hahaha xleh blah ayat kann...

raya kat mana pun sudah ada jawapannya..
tahun nie kami akan beraya kat pontian, johor..
belah family incik hubby..

sebenarnya dari sebelum puasa lagi duk bincang pasal nak 
raya mana tapi belum jumpa jgak jawapannyanya..
adoyaiiiiiiiii naik pening kepala otak aq 
bila bincang pasal nak raya kat mana..

kalau ikutkan kami laki bini senang jekk..takde lah sampai pening2 mcm nie..
tapi bila orang disekeliling duk campur tangan buat aq benganggggggg kejap!!
terpaksa pikirkan orang2 disekeliling buat kami laki bini 
takde mud nak sambut raya..serius cakap memang aq sakit hati sangat2..
sekejap nk raya kl, sekejap nak raya johor..
tiap2 hari bleh dikatakan plan berubah-ubah...kami laki bini nie terpaksa ler ikut..
hmmmmm macam keluarga 69 dah rasanya...
semalam bila bincang betul2 akhirnya sure raya johor..
keputusan muktamad!!!!!!!!
puas hati ke tak puas hati ke redoooooo jelahhhhh....

persiapan baju raya pun dah settle..tahun nie baju aq laki bini sepasang jekk!!
baju kurung dengan baju melayu yang sedondong satu keluarga belah incik hubby..
tudung raya sekali..kalau ikutkan aq pakai jekk tudung yang mana ada..
tapi bila orang dah belikan kita bayar n kita pakai jelahhhhh....
kasut raya pun pakai jekk yang mana ada..takmo membazir kayy!!
baju adam pun sepasang jekk aq beli..
tahun depan jelah kita beraya sakan yekk adam rayyan..hehehe
ok dah dah..sambung buat kerja kayyyyyyy...muahahahaha...




10 August 2012

...misi yang tertangguh...




perkk tajuk!! dasyatt weii..
sebenarnya misi yang tertangguh nak jengah blog kenkawan..
semalam bz yang teramat..
tak sempat nak singgah umah member2..
so hari nie aq akan berblogwalking..
nak singgah lepak umah kawan2 semua..
hehehe..

hari nie tepek sekeping pic pujaan hatiku ini..


*

*

*

*

*

*

*

*

V




suka sangat dak adam rayyan nie main2 dekat kabinet dapur mama..
tengok ler tu habis barang2 dipunggahnya keluar..
tong beras mama pun tunggeng terbalik dah..muhahhahahaha...







09 August 2012

...berbuka kat kfc..




semalam punya iftar..
niat dihati nak makan nasi kerabu..
ajak ler incik hubby pegi pasar ramadan taman melawati..
sampai jekk kat sana makk aihhhh!! 
ramai siot orang..berduyun2 manusia..
memang meriah ler pasar ramadan kat situ..
incik hubby takmo bersesak2 dengan orang ramai..
nati tak pasal2 sesak nafas dak adam rayyan tu kan hehe..



bincang2 dengan incik hubby kami pun singgah ler kat kfc..
tak rancang pun sebenarnya..
kat kfc pun penuh gak orang..beratur nak order punya lah panjang..
berliku2 barisan mcm ular kena palu..adoiii mencabar betull!!



aq pilih hidangan yang ada nasi berkuahkan kari hijau tu..



incik hubby punya meal biasa..


set nugget dak tecik punya..habis licin dia bedal..fuh!! dasat tul kan..



kemain duk menguyah nugget n kentang..
mengalahkan orang poser lak kekdahnya
hahahaha...




dak tecik yang tak reti duduk diam..
habis semua benda nak dipanjatnya..
letak kat bawah semua orang dia duk kacau..
usik2 makanan meja sebelah lah..adoii malu tul!!



nota kaki : tak puah hati lagi nie selagi tak makan nasi kerabu..
petang nie nak cari kat pasar ramadan gombak lak..muhahahaha..


07 August 2012

...iftar sabtu n ahad lepas...




sabtu n ahad lepas kami berbuka kat luar..opsss!! bukan kat kedai yeak!!
tapiiiiii kat rumah mertua n rumah kakak ipar..
sabtu tu semua adik badik incik hubby berkumpul n berbuka kat rumah mertua..
macam2 menu ada..kembung perut kami dibuatnya..muahaha...


jom layannn menu iftar hari sabtu...

*

*

*

*

*

*

*

****


menu utama nasi ayam..ada jugak mee soto, colek buah, 
kerang rebus, kuih muih n buah-buahan..
kembung perut kami dibuatnya..



nie lak murtabak n roti canai..semuanya habis licin dibedal..muahahaha
walaupun banyak lauk n kuih muih tapi takde ler 
sampai membazir sebab semuanya licinnn ditelan hahaha..



lepas berbuka bayar zakat fitrah...
alhamdulillah semuanya dah settle..



owhhh tidak ketinggalan pujaan malayaku ini..pun nak berbuka jugak..
banyak jugak lah si kecik nie makan..
uihhhh berselera betul dak adam rayyan nie..hehe






................................................................................................................................


yang nie lak menu iftar hari ahad...


*

*

*

*

*

*

***


laksa johor by chef fazitaismail..hikhikhik..berlakikan orang johor kann..
harusss ler kena belajar masak laksa johor nie..
tapiii masih dalam proses belajar lagi..haha
gigih aq masak laksa nie n makan ramai2 kat  rumah kak ipar..hihi



laksa johor memang peberet aq laki bini..masa memula kahwin dulu 
pelik jugak tengok semua family mertua makan laksa dengan spagetti..
dalam hati sempat lagi duk mengomel-ngomel pasal laksa nie..
tak penah jumpa n tak penah makan pun..uihhh jakun tul aq kan time tu..
tapiii lepas jekk makan tu terusss jadi suka giler kat laksa johor nie..
gigih ler belajar dengan kak ipar..satu family mertua gelakkan aq tau..
muahahahahaha...






02 August 2012

...kisah sahur sabtu lepas...




salam kamis semua..horeyyy sok dah jumaat..then sabtu ahad cuti..
uihh sonok leh buat tahi mata lama2 sikit...
jom layan kisah sahur n berbuka kami sabtu n ahad lepas..
oppp!! tayang makanan lagikkk!!..halal lah yekk!! ekekekeke...

*

*

*

*

*

*

*

***


kisah sabtu kami..petang tu berbuka kat rumah my SIL..
tengah2 berbuka tu plan nak sahur kat kedai mamak malam nati..
area pukul 4.00 pagi mamai2 bangun terus pegi mamak..muahahaha



nie anak buah incik hubby..mulanya nak pegi mamak kat taman melati gombak..
sampai jekk sana tengok makk aihhhhhh!! ramainya orang..
penuh kat kedai mamak tu..then ktorg pusing cari kedai mamak lain



ktorg pegi kat taman melawati..kat sini orang tak berapa ramai sangat..
kiranya nak order masakan panas tu sempat ler..
tak payah menunggu lama sangat kann..



yang baju putih tu ler my SIL..yang sebelah anak dia..hehe



nie incik hubby yang punya..ayam goreng berkuahkan kari..
kami laki bini mesti makan nasi bila bersahur..hikhik



yang nie tuan tanah punya..rendang ayam berkuah kari..sayur plak kehabisan..
yang lain2 makan roti canai jekk



jejaka terhangat dalam familyku..pun ikut sahur sekali..
dak tecik nie makan roti canai telor..separuh gak ler dia bedal..
kecian lak kat dak tecik nie..gigih aq laki bini kejutkan dia..
terus angkat n masukkan dalam kete..
terkulat2 pandang aq laki bini sambil tenyeh2 biji mata..
keciannn jadi mangsa keadaan..muhahahahaha...






01 August 2012

...worldless wednesday ~ usha apa tu dik!!...




wordless wednesday hari nie..
usha apa tu dik!!


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

***


petang2 temankan mama masak kat dapur sambil2 
usha aweksssssss kat belakang rumah...muahahahaha






 

Copyright © 2013 Reserved to fazita ismail
Design by kina